COMELNYA . . . Makhluk comel yang berjaya mendapat tempat di hati pengguna internet


Zoo Taronga Zoo di Sydney, Australia, merupakan pusat yang menjadi habitat kepada lebih 350 spesies haiwan. Daripada keseluruhan 4,000 haiwan, terdapat satu makhluk kecil yang berjaya mencuri tumpuan orang ramai, khasnya pengguna internet.  
Terdapat sebuah video yang telah tular di laman Twitter memaparkan seekor bayi echidna yang sedang meminum susu daripada tangan seorang penjaga zoo. Anda pasti mudah untuk mengenalpasti echidna dewasa jika melawat zoo, namun untuk mengenalpasti bayinya mungkin agak sukar kerana duri pada badannya belum lagi terhasil.
Menerusi video pendek berikut, penjaga zoo berkenaan memanggil bayi echidna itu sebagai ‘puggle’, iaitu panggilan yang sering diberikan kepada bayi echidna dan platipus.
Penjaga zoo berkenaan juga ada menjelaskan bahawa bayi echidna itu ditinggalkan di dalam lubang sebaik sahaja umurnya mencecah 10 ke 15 hari. Kemudian, ibunya akan pulang beberapa hari selepas itu untuk memberi anaknya makan.
Haiwan ini merupakan satu-satunya mamalia di Australia yang bertelur, selain daripada platipus.
Seekor echidna betina akan bertelur sebiji sahaja, di mana ia akan dimasukkan ke dalam ruangan perut si ibu yang berperanan sebagai inkubator dan mengambil masa selama 10 hari untuk menetas.
Sebaik sahaja ia menetas, bayi itu akan menyusu pada ibunya dan kekal disimpan di dalam ruangan perut ibunya selama 3 bulan.



Sewaktu itu juga, bayi echidna akan mengalami proses pembesaran saiz mereka. Pada penghujung tempoh 3 bulan tersebut, ia akan mula menghasilkan duri pada tubuh mereka sehinggalah ia akhirnya keluar daripada ruangan perut si ibu. Pada habitat asalnya, usia echidna boleh mencecah sehingga 10 tahun.
Penjaga zoo terbabit juga menambah bahawa puggle perlu diberi susu setiap 2 hari. Ia meminum susu daripada tangannya kerana ibunya tidak memiliki puting.


Bagi menjaga keselamatan bayi echidna, ia telah dibawa pulang oleh penjaga zoo tersebut dan diletakkan di dalam esky (ruang penyimpanan bergerak) yang mengekalkan suhu yang betul.
Ayuh saksikan video tersebut :

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==